Sinar Harian – Tiram putih di muara Sungai Muar disahkan spesies baharu

4 NOVEMBER 2021
Tiram putih di muara Sungai Muar disahkan spesies baharu

Menurut Dr Nur Leena Wong yang merupakan seorang penyelidik daripada Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik Universiti Putra Malaysia (UPM), sejenis spesies baharu tiram yang hanya terdapat di muara Sungai Muar dan tidak terdapat di tempat lain di dunia telah ditemui dan dinamakan Crassostrea (Magallana) saidii. Tiram itu dinamakan Crassostrea (Magallana) Saidii sebagai mengiktiraf usaha En Md Saidi Bin Mohamed mempromosikan penyelidikan dan pemuliharaan spesies tiram berkenaan.

Menurutnya lagi, hasil kerjasama penyelidikan antara Queen’s University Belfast dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengesahkan identitinya melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Scan di sini untuk maklumat lanjut: