CS01 – Pengenalan Case Study
Selamat datang ke Portal Pembelajaran IKS. Portal ini dibangunkan sebagai pelengkap kepada manual “Cara Menghasilkan Video Produk AI Seperti Iklan TV”. Melalui portal ini, anda akan mempelajari keseluruhan proses menghasilkan video promosi AI secara praktikal menggunakan satu produk sebenar sebagai kajian kes.
Kandungan
Case Study ini menggunakan Rempah Mi Bandung Syarifdin sebagai contoh produk. Setiap langkah diterangkan secara berperingkat, bermula daripada analisis produk sehinggalah video akhir yang sedia diterbitkan.
-
Memahami aliran kerja menghasilkan video produk AI.
-
Menganalisis produk sebelum membina prompt AI.
-
Menyediakan gambar produk sebagai bahan rujukan.
-
Menulis prompt AI yang berkesan.
-
Menghasilkan Hero Shot dan storyboard.
-
Menjana video AI menggunakan platform AI.
-
Menambah voice over, muzik latar dan sound effect.
-
Menyunting video sehingga siap untuk diterbitkan.