CS02 – Analisis Produk
Dalam bab ini, kita akan menganalisis produk Rempah Mi Bandung Syarifdin sebelum menghasilkan video promosi menggunakan teknologi AI.
Tujuan analisis ini adalah untuk mengenal pasti maklumat penting yang akan digunakan dalam penulisan prompt AI supaya visual dan video yang dihasilkan lebih tepat serta menepati identiti produk.
Analisis Produk
-
Nama Produk: Rempah Mi Bandung Syarifdin
-
Kategori: Rempah segera untuk menyediakan Mi Bandung.
-
Sasaran Pelanggan: Pengguna yang ingin menyediakan Mi Bandung dengan mudah dan cepat.
-
Keunikan Produk: Pembungkusan yang menarik, identiti jenama yang jelas dan mudah dikenali.
-
Mesej Utama: Menyediakan Mi Bandung yang enak dengan cara yang mudah dan cepat.