CS11 – Penyuntingan Video
Penyuntingan video merupakan langkah terakhir sebelum video diterbitkan. Pada peringkat ini, semua elemen seperti video AI, voice over, muzik latar dan sound effect digabungkan untuk menghasilkan video promosi yang lengkap dan berkualiti.
Kandungan
Dalam bab ini, kita akan menyunting video promosi Rempah Mi Bandung Syarifdin menggunakan perisian penyuntingan video. Tujuannya ialah memastikan setiap babak disusun dengan kemas, audio seimbang dan keseluruhan video kelihatan profesional.
-
Susun semua klip video mengikut storyboard.
-
Masukkan voice over pada babak yang berkaitan.
-
Tambahkan muzik latar dan laraskan tahap kelantangannya.
-
Masukkan sound effect pada babak yang sesuai.
-
Tambahkan teks, logo atau sari kata jika diperlukan.
-
Semak keseluruhan video dan lakukan penambahbaikan sebelum mengeksport video akhir.